Clef adalah simbol yang berada pada permulaan staff muzik.
Tujuannya, untuk memberitahu pembaca, key apa yang berada pada line / space
staff. Terdapat beberapa jenis clef, iaitu C Clef, Treble Clef, Bass Clef dan
Rhythm Clef. Tapi dekat sini akan dihuraikan 3 jenis sahaja clef yang familiar
dan biasa digunakan iaitu treble, bass dan rhythm clef. Sementara C Clef adalah
clef yang jarang digunakan. C Clef digunakan untuk viola, Trombon dan juga
Basson.
Dari kiri - Treble, Bass, C dan Rhythm Clef
C Clef menunjukkan key C dan simbol anak panah ditengah C
Clef memberitahu line/ space manakah key C berada. C Clef berbeza dengan clef
yang lain dan adakalanya boleh menimbulkan kekeliruan kerana dia adalah
moveable clef. Namanya juga berbeza-beza mengikut posisi. Berikut adalah
posisi-posisi C Clef dan nama-namanya yang berlainan Note : Penerangan ini
sekadar pengetahuan sahaja, tak tahu pun takpe. So here are the names of the
different C clefs. Feel free to forget them immediately. Kalau pun nak ingat,
antara keempat-empat C Clef ini, ingat untuk Alto Clef cukup yang biasa
digunakan untuk pemain Viola.
Keduanya, Treble Clef ataupun dikenali juga sebagai G Clef.
G Clef adalah clef yang sangat biasa digunakan. Dalam G Clef, ia menunjukkan
key G yang berada pada garisan kedua dalam staf. C Clef digunakan pada
instrumen muzik yang mempunyai pitch yang tinggi contohnya gitar, piano dll