Lesson 4 : The Cleff


Clef adalah simbol yang berada pada permulaan staff muzik. Tujuannya, untuk memberitahu pembaca, key apa yang berada pada line / space staff. Terdapat beberapa jenis clef, iaitu C Clef, Treble Clef, Bass Clef dan Rhythm Clef. Tapi dekat sini akan dihuraikan 3 jenis sahaja clef yang familiar dan biasa digunakan iaitu treble, bass dan rhythm clef. Sementara C Clef adalah clef yang jarang digunakan. C Clef digunakan untuk viola, Trombon dan juga Basson.

Dari kiri - Treble, Bass, C dan Rhythm Clef

C Clef menunjukkan key C dan simbol anak panah ditengah C Clef memberitahu line/ space manakah key C berada. C Clef berbeza dengan clef yang lain dan adakalanya boleh menimbulkan kekeliruan kerana dia adalah moveable clef. Namanya juga berbeza-beza mengikut posisi. Berikut adalah posisi-posisi C Clef dan nama-namanya yang berlainan Note : Penerangan ini sekadar pengetahuan sahaja, tak tahu pun takpe. So here are the names of the different C clefs. Feel free to forget them immediately. Kalau pun nak ingat, antara keempat-empat C Clef ini, ingat untuk Alto Clef cukup yang biasa digunakan untuk pemain Viola.

Keduanya, Treble Clef ataupun dikenali juga sebagai G Clef. G Clef adalah clef yang sangat biasa digunakan. Dalam G Clef, ia menunjukkan key G yang berada pada garisan kedua dalam staf. C Clef digunakan pada instrumen muzik yang mempunyai pitch yang tinggi contohnya gitar, piano dll
             
Ketiganya Bass Clef ataupun dikenali juga sebagai F Clef. F Clef adalah Clef kedua selepas G Clef yang paling biasa digunakan dalam muzik. 2 titik yang berada pada F Clef menunjukkan garisan mana yang mempunyai key F dan ia menunjukkan garisan yang ke 4 dalam staff. F Clef digunakan pada instrumen yang mempunyai pitch yang rendah seperti electric bass, tuba.
                              
Keempat, Rhythm Clef dikenali juga dengan Neutral Clef ataupun Percussion Clef. Rhythm Clef berbeza dengan Clef yang lain kerana ia tidak menunjukkan pitch sebaliknya menunjukkan rhythms. Contoh pemuzik yang menggunakan Rhythm Clef ialah drummer, percussionists ataupun instrumen-instrumen muzik yang tidak mempunyai pitch yang jelas. Tengok gambar dibawah and notice that this clef carefully avoids indicating any one line.

This entry was posted on Friday 27 December 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply