LESSON 1 : Asas Notes


Benda ni mungkin a little bit bosan dimana tak semua orang minat nak amik tahu. Walaupun dia bosan tetapi sangat penting especially bila nak baca standard notation. Benda asas dimaksudkan ialah notes. Belajar notes  tidak ubah macam belajar ABC sebelum seseorang budak boleh membaca.

Dalam gitar, setiap string mengeluarkan bunyi yang berlainan pitch. Setiap pitch dilabel menggunakan 7 alfabet iaitu, A, B, C, D, E, F & G.

Ingat, hanya 7 alfabet sahaja, iaitu A, B,C, D, E, F, dan G, tidak ada H, I, J, K dan seterusnya. Hanya A sampai G saja. 7 huruf inilah dipanggil notes, sebagai wakil kepada pitch string gitar di fret. Notes ini bukan sekadar digunakan pada gitar, tetapi terdapat juga pada semua instrumen muzik yang menggunakan G clef, f clef dan C clef. Instrumen seperti drum yang menggunakan rhythm clef adalah berkecuali.

Saya mulakan dengan notes pada string gitar dulu. Notes pada String gitar dari String 6 sampai String 1, ialah E, A, D, G, B dan E. String ke 6 ataupun E string adalah string yang paling tebal, dan string 1 adalah yang paling halus.


Berikut adalah notes-notes yang ada pada setiap string gitar di fret yang tertentu.







Teliti gambar baik-baik, kemudian perhatikan ada beberapa simbol seperti # dan juga simbol b. Simbol # dikenali sebagai sharp. Dan simbol b dikenali sebagai flat (Sharp dan flat dikenali sebagai enharmonic keys / semi tone). Dalam kesemua 7 notes, notes E, F dan B, C tidak mempunyai enharmonic keys.

Disebabkan BC dan EF tidak mempunyai sharp dan flat, maka diantara note E, F dan B, C tidak diselang 1 fret antara keduanya, iaitu kedudukan note duduk sebelah menyebelah. Selain daripada itu, notes-notes seperti A, D dan G akan mempunyai selang sebanyak 1 fret apabila pindah dari 1 notes ke notes yang lain. Fret yang diselang bukanlah tidak mempunyai notes, sebaliknya adalah fret ½ tone up dan ½ tone down untuk notes tertentu. ½ tone up adalah # dan ½ tone down adalah flat. Tone up adalah dari fret 1 sampai fret 24. Tone down dari fret 24 ke fret 1.

Jadi ambik contoh  string B. Tengok gambar. Dari notes C nak ke D mereka diselang 1 fret, dan ruang fret itulah terletaknya enharmonic keys iaitu # dan b. Saya ada beritahu tadi # adalah tone up dan b adalah tone down. Dan juga dah beritahu tadi, tone akan semakin naik dari fret 1 sampai ke fret 24. Ini bermaksud fret 5 contohnya mempunyai tone lebih tinggi dari fret 4, dan 4 pula lebih tinggi dari fret 3 dan seterusnya. Untuk memudahkan, aku telah lukiskan anak panah yang menunjukkan octave menaik ataupun tone menaik iaitu dari kanan ke kiri atau dari fret 1 ke fret 24.

Sekarang, berbalik pada contoh  string B tadi atau string no. 2, kedudukan note C adalah pada fret 1 dan D pada fret 3.





Ini bermaksud note D pada fret 3 mempunyai octave yang lebih tinggi dari note C di fret 1. Apabila note D diundur ke belakang iaitu dari fret 3 ke fret 2, tone pada D akan down justeru pada fret no 2 akan mempunyai Db ataupun D flat. Begitu juga note C pada fret 1. Apabila bergerak ke depan dari fret 1 ke fret 2, note C tadi akan up, justeru pada fret no 2 akan mempunyai C# ataupun C sharp. Begitulah seterusnya. Jadi, kalau aku sebut note G# dalam 5th string, jawapan dia fret ke berapa? 11? Betul. Antara note G dan note A. Kalau note Bb pulak kat mana? Kalau jawapan ko fret ke 13, betul.

Lagi, kalau sebut note A# string no 2, jawapan dier fret berapa? Kalau jawapan dier fret 9, betul latu. Kalau note Gb pulak fret no berapa? Kalau jawapan dier no 7, betul la.


In short, boleh rujuk pada summary dekat bawah ni.


Sharp dan flat bukan saja ada pada gitar malahan jugak pada piano. Sebelum itu, cuba tengok pada gambar dekat bawah :


Gambar dekat atas menunjukkan key piano. Pada gambar piano, kita akan perasan pattern keys dia yang berwarna hitam dan putih. Jika kita tengok, black key ada 2, kemudian 3, kemudian 2 balik, dan kemudian 3 balik dan seterusnya. Key paling kiri sekali pada piano adalah note C, kemudian D, kemudian E dan kemudian F. Tengok gambar di bawah :


Jika kite tengok, diantara note C dan D pada key putih, mempunyai key hitam. Dan diantara note D dan E pun mempunyai key hitam, cuma note E dan F je diantara key putih dia, tak ada key hitam. Key hitam pada piano macam selang 1 fret pada string gitar. Dimana ia adalah tempat untuk sharp dan flat note. Jika tengok pada gambar piano kat atas, note C dan D pada black key mempunyai C# dan Db. Semua note akan mempunyai sharp dan flat kecuali 4 sahaja iaitu EF dan BC. Konsep dia sebijik macam note pada gitar. 

This entry was posted on Tuesday 5 November 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply